Friday, February 12, 2016

KEBIMBANGAN MEMBAWA MALAPETAKA!!

How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu)

Itu adalah tajuk buku best seller yang pernah saya baca. buku ini sangat baik bagi mengatasi masalah ketakutan atau kebimbangan. penulisnya hebat dengan melihat kebimbagan merupakan suatu maslah psikology yang perlu kita atasi . dalam tidak sedar kebimbangan mampu memberikan seseorangg itu pelbagai penyakit.

Dalam kehidupan kita kita nampak yang penyakit jantung itu sudah ramai pesakitnya. tapi sedarkah kita bahawasanya hampir setiap manusia mengalami penyakit kebimbangan yang telah memberi impak yang negatif kepada kita. bagaimana ianya memberi kesan dalam kehidupan kita dan bagaimana cara mengatasinya. apakah formula yang boleh melawan penyakit ini... jawapan dia ada di https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=639&url=1706

hanya klick di link tersebut dan baca selebihnya sekiranya anda mengalami masalah kebimbangan. 

buku ini adalah berdasarkan kisah benar yang dikumpulkan oleh penulis dan dibukukan. formula nya juga adalah formula yang digunakan oleh anak-anak muridnya yang sudi dikongsikan dalam satu kelas ilmiah. ternyata berkesan dan bagai mana ingin hidup bebas kebimbangan. jawapannya ada pada diri setiap individu. 

jadi bagaimana ingin mencari jawapan tersebut sekali lagi saya cadangkan buku ini ada jawapannya. selamat mencuba formula bebas kebimbangan dan enjoy dalam pembacaan anda. 

anda boleh dapatkan buku tersebut di link https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=639&url=1706  penghantaran adalah terus ke alamat yang anda nyatakan.



Sinopsis yang terkandung dala buku ini adalah,
Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:
. Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan
. Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan
. Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita
. Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia
. Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
. Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik
. Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan
. Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

ISI KANDUNGAN
Bahagian 1 : Fakta Asas Kebimbangan
Bahagian 2 : Teknik Asas Menganalisis Kebimbangan
Bahagian 3 : Cara Hilangkan Kebimbangan Sebelum Ia Membinasakan Kita
Bahagian 4 : Tujuh Cara Memupuk Minda Supaya Tenang dan Bahagia
Bahagian 5 : Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
Bahagian 6 : Cara Mengelakkan Kebimbangan Apabila Dikritik
Bahagian 7 : Enam Cara Elak Letih dan Bimbang, Serta Kekalkan Tenaga dan Semangat yang Tinggi
Bahagian 8 : 31 Kisah Benar Bagaimana Mengatasi Kebimbangan
"jangan fikirkan tentang hari esok. hari esok mempunyai kesusahan yang tersendiri. cukuplah hari ini sahaja kita berasa susah" . petikan dalam buku tersebut.
Hanya ada satu makmal ketakutan di dunia ini. Makmal ini dicipta untuk melakukan uji kaji teknik yang terbaik untuk menghapuskan ketakutan, kebimbangan, dan kerisauan. Teknik ini dipraktikkan secara nyata pada manusia yang sebenar, bukannya diuji pada tikus makmal. Pelbagai teknik menghapuskan ketakutan yang terbukti berkesan dihimpunkan oleh pengasasnya, Dale Carnegie dalam buku yang bertajukHow To Stop Worrying And Start Living”.
Dale Carnegie adalah pakar seni perhubungan dan kepimpinan yang terkemuka di dunia. Beliau adalah penulis buku perhubungan bestseller sepanjang zaman, iaitu “How to Win Friends and Influence People” yang sudah terjualan puluhan juta naskhah di seluruh dunia. Buku-buku tulisan beliau adalah bacaan wajib pakar-pakar motivasi dalam dan luar negara.
Buku How To Stop Worrying And Start Living” ini pula sudah terjual lebih 15 juta naskhah dalam pelbagai edisi dan bahasa di seluruh dunia. Buku ini menghimpunkan teknik yang berkesan untuk menghilangkan kebimbangan, mencari ketenangan, dan mendapatkan kebahagiaan hidup. Sudah jutaan manusia yang mendapat manfaat daripada buku ini. Adakah kita juga mahu membebaskan diri daripada belenggu ketakutan dan kebimbangan?
Sesiapa yang tidak tahu menghapuskan ketakutan akan mati pada usia muda. Sekiranya mereka masih hidup pada usia tua, mereka tetap merana sehingga ke akhir hayat mereka. Dapatkan buku ini dengan segera untuk meraih ketenangan dalam hidup. Buku ini akan memberi pencerahan tentang hakikat perasaan bimbang yang kita tidak sedar selama ini. Terlalu banyak perkara yang kita bimbang, tetapi terlalu sedikit perkara yang kita bimbangkan itu berlaku. Jadi, kenapa perlu membuang masa dan menyeksa diri memikirkan kebimbangan yang tidak pernah akan berlaku?
Buku ini mengambil masa selama tujuh tahun untuk diterbitkan. Sepanjang tempoh ini, Dale Carnegie membaca pelbagai karya tokoh-tokoh falsafah terkemuka untuk memahami tafsiran mereka tentang ketakutan. Beratus-ratus biografi tokoh dunia juga diteliti dan temu bual dengan mereka dilakukan untuk menghimpunkan teknik mereka menghapuskan ketakutan. Teknik dalam buku ini bukan rekaan, tetapi perkara yang nyata berkesan untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment