Sunday, April 17, 2016

Khasiat Halia Pada Kesihatan.

PENGENALAN

Saja saya ingin kongsikan

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium,fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disintri,asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit perut, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Saya kongsikan

Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

Saturday, April 9, 2016

6 SEBAB KENAPA PERLU SIMPAN EMAS.

Public Gold terbukti telah berjaya dengan menghasilkan produk emas yang disertakan dengan sijil LBMA. Pelik bila sebut pubic gold mesti penjual akan kata LBMA. Adakah kita tahu LBMA ini?
Apakah itu London Bullion Market Association (LBMA)?
“The LBMA is an international trade association, representing the London market for gold and silver bullion which has a global client base. This includes the majority of the gold-holding central banks, private sector investors, mining companies, producers, refiners and fabricators. The on-going work of the Association covers a number of areas, among them refining standards, trading documentation and the development of good trading practices.
The maintenance of the Good Delivery List, including the accreditation of new refiners and the regular retesting of listed refiners, is the most important core activity of the LBMA. The LBMA Brochure provides further information about the LBMA.”
Dan ini adalah maksud dan keterangan dari http://www.lbma.org.uk/about-us boleh cek untuk pastikan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sijil tersebut membolehkan warga Malaysia & Singapura memiliki emas yang dikeluarkan syarikat itu tanpa dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Pengecualian ini adalah kerana emas tergolong dalam logam pelaburan berharga (Invesment Precious Metal – IPM) http://goo.gl/PmXsXw  yang diiktiraf sebagai aset kewangan penting seperti mana instrumen kewangan lain yang aktif didagangkan seperti saham dan bon.
Jadi pengiktirafan ini menyebabkan emas keluaran Public Gold amat mudah  diperlakukan di seluruh dunia tanpa ada sebarang sekatan atau birokrasi..



Gambar 1gram dari belakang card yang bersertakan sijil pengesahan dari LBMA.
Harga emas jatuh, harga emas naik, saya tetap sama tidak menjual emas-emas yang ada pada saya. Saya adalah ‘penyimpan’ emas bukan ‘trader’.  Harga emas naik saya senang hati, harga emas turun senang hati juga. Yang saya tidak senang hati bila bulan-bulan atau tahun ke tahun emas saya fix tidak bertambah.
Orang tanye kepada saya, kalua belie mas tapi xjual bagaimana nak untung, bagaimana nak kaya. Beli emas tidaklah kaya tapi anda kene faham beli emas adalah salah satu platform menyimpan kekayaan dan membantu anda dari mnjadi mangsa inflasi dan kemerosotan nilai ringgit Malaysia. Jika jawapan orang simpan dalam bank dapat dividen, jawapan saya dividen tidak akan membantu melawan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit. Lebih baik saya simpan emas untuk jangka masa panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan ‘penyimpan emas’ ini tidak menjual emas-emas yang mereka miliki. Mereka ini jadikan emas sebagai satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. ‘SIMPANAN’ tujuan simpanan adalah 1) emas tersebut digunakan ketika kecemasan. 2) emas sebagai medium peaburan masa hadapan. Selagi tidak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik menyimpan emas ini sahaja. Sebab saya suka menyimpan emas berbanding tunai di bank adalah kerana :
6 Kelebihan Yang Ada Pada Emas
1.     Emas kalis inflasi
Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM750. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat). Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja.
Maksudnya hari ni, jika diberi 0.50sen sehari kepada anak-anak kita belum tentu mereka dapat membeli apa yang kita boleh beli di usia mereka. Kesan inflasi membuatkan nilai mata wang tersebut susut dan kita perlukan lebih wang untuk dapatkan nilai yang sama pada zaman kita kecil dahulu.

1400 tahun dahulu                           Tahun 1990
1Dinar emas = seekor kambing            Nasi lemak = rm0.50

Tahun 2016                                      Tahun 2016
1Dinar emas = seekor kambing          Nasi lemak = rm 2.00

Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?

2.     Senang Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu semula.
Emas boleh dijadikan alat pertukaran barang dalam 1 transaksi. Duit emas yang bernilai.

3.     Kekayaan Di Tangan Kita
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.
4.     Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
5.     Emas Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Dalam peperangan duit kertas atau duit fiat tidak lagi laku. Sekiranya kita ingin sebagai pelarian sekalipun duit kita pasti tidak akan diterima oleh negara luar dan hanya laku dalam negara sahaja. Jadi sebab itulah saya katakana ‘emas sebagai aset mudah alih’.

6.     Kekayaan yang bertahan lama (kalis bocoran)
Emas saya jadikan sebagai simpanan saya yang perlu saya lupakan. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kene adakan simpanan untuk dilupakan. Misalnya sekiranya kita ingat simpanan kita. Kita aka nada sahaja barang atau benda yang ingin kita beli dan berbelanja bagi memastikan wang kita habis. Ia berbeza dengan emas. Tiada orang membeli emas atau mengumpul emas dan pergi bawa ke pusat membeli belah untuk membelanjakan dan shopping sehingga habis emas tersebut.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakan
Jadi itulah cerita saya har ini. 9 April 2016. Sumber dari En Zulkifli (27jan2015)

Muhamad Nashir Khairudin
PG00064908 dealer public gold anda
9 April 2016





BELIAN EMAS MELALUI G.A.P


  




‘Harga emas mahal, nak beli emas kena tunggu harga emas jatuh’. ‘Saya tak ada duit’. ‘Saya tak cukup duit’. ‘Saya nak beli barang lain’. Jawapan yang biasa kita dapat bila kita ajak kawan kita untuk melaburkan wang/tukar kan wang mereka kepada pelaburan emas. Tapi kebiasaannya masyarakat kita terutama mahasiswa sering membeli liabitibi dan jarang menambah asset dalam belanjawan mereka. Contoh telefon bimbit baru dan asset seperti pelaburan emas yang saya ceritakan.

Tidak perlu modal yang besar untuk memulakan pelaburan emas. Kalau bajet sekitar rm200 sebulan pun sudah cukup. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

      Alhamdulillah, produk Public Gold sudah melancarkan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).






belian buku di pts untuk lebih memahami tentang emas. click di https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=639&url=2390




Kemudahan GAP Public Gold
Kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  1.  Membolehkan customer beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram
  • * Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • * Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • * Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • * Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • * Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • * Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.

Cara membuka Akaun G.A.P untuk Pembelian Pertama.

11.     Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di https://publicgold.com.my/v1/index.php. Kalau harga 1 gram hari ini RM171, maka masukkan duit genap-genap RM171. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM342 (RM171 x 2 gram). pada ketika ini harganya begini.







                                  Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam

Masukkan / transfer duit ke 5571 3923 8048 (Maybank) atau 3167 52 0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

22.  Whatsappkan pembelian anda ke public gold.







Ikutkan contoh format ini. Kemudian anda boleh attachkan sekali slip bayaran Public Gold dapat update dan sahkan pembayaran. Online banking adalah lebih baik dan okay

Sekiranya whatsapp ini suatu yang sukar bagi anda, atau anda BUKANLAH WHATSAPP USER. Sila pastikan anda email segala maklumat tersebut di gap@publicgold.com.my dan cc kan kepada nashirkhairudin@gmail.com supaya apa-apa information atau apa-apa keperluan saya boleh follow up dengan Public Gold.

Jika sekiranya anda pertama kali membeli emas Public Gold boleh letak nama saya sebagai introducer anda. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu dan memudahkan lagi urusan jikalau ada yang perlu di follow-up kan dengan public gold.


3.     Semak GAP Statement di website
Tunggu PG emaikan ‘username’ untuk login website. PG AKAN update dalam masa paling lewat 2 hari bekerja. Dan selepas anda mendapat email anda boleh semak di www. Publicgold.com.my. Jika email tidak diterima juga oleh anda sila semak dalm spambox, dan bagi tahu saya untuk saya update dengan PG.
 





                                                                                                                   


                   Contoh GAP Web Statement yang boleh disemak oleh cust di website public gold. Selepas belian, public gold akan berikan Username. Lepas dapat user name, gunakan no IC sebagai password.  

4.     Pengeluaran Emas Fizikal
Belian emas melalui gap boleh disimpan di public gold tanpa di kenekan bayaran atau cas. Boleh disimpan sampai bila-bila dan ianya percuma. Anda boleh kluarkan emas fizikal dan simpan sendiri.




Antara koleksi emas di public gold yang boleh disimpan oleh anda



 Ini pula koleksi Jenis dinar dari koleksi di public gold


Untuk mengeluarkan emas fizikal, datang sahaja di mana-mana cawangan public gold, tunjukkan IC anda dan bayar cas premium atas emas yang anda keluarkan. Bole buat pilihan ingin keluarkan emas yang bagaimana sekali pon dengan syarat emas tersebut sama dengan dalam baki akaun anda.
Nasihat saya sebelum anda ke mana-mana cawangan pastikan anda sudah menelefon public gold terdahulu untuk simpankan stok/item yang kita ingin kan.


Ini sahaja dari saya Muhamad Nashir bin Khairudin (PG 00064908) secara ringkas untuk membuka acc gap dalam public gold.

Sunday, April 3, 2016

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )







___________________________________________________________________________
SGDK3264 PEDAGOGI PERDAGANGAN DAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
_____________________________________________



TUGASAN                            : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA PENSYARAH         : DR. NORAZLINDA BINTI SAAD
TARIKH HANTAR             : 29/10/2015
NAMA PELAJAR                : MUHAMMAD HAFIZ BIN CHE AZIZ 
                                                  MUHAMAD NASHIR BIN KHAIRUDIN 
                                                  MUHAMMAD WAHYUDIN BIN DOLAH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
  
Mata pelajaran                 : Perdagangan
Tingkatan                         : 4 UUM
Bilangan Pelajar               : 18 orang
Tarikh                               : 29 Oktober 2015 ( Khamis)
Masa                                : 10.00 – 10.20 pagi (20 minit)
Tema                                : Unsur Perdagangan
Subtema                          : Maksud Perdagangan, Maksud    Perniagaan, Bantuan Perniagaan, Kaitan                                              Pengeluaran, Perdagangan, dan Perniagaan.
Hasil Pembelajaran          : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran pelajar akan dapat:
i.    Memahami maksud skop perdagangan.
ii.  Mengetahui perbezaan antara perdagangan dengan perniagaan.
iii.Menyenaraikan bantuan perniagaan
iv.Menerangkan peranan insurans, perbankan, pengangkutan pergudangan, komunikasi, pengangkutan, dan promosi.
v. Menyatakan hubungkait antara perdagangan dengan bantuan perniagaan.
vi.Menjelaskan hubung kait antara pengeluar, perniagaan dan perdagangan.    
                                 
Prasyarat                         : Pada amnya, pelajar-pelajar

Bahan Bantu Mengajar   : i.          Papan putih
                                          ii.         Kotak dan barang industri kecil dan sederhana
                                          iii.        Kertas A4
                                          iv.        Bala
                                          vi.        Buku teks      
           
Penerapan Nilai               :



LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
CATATAN/NILAI/BBM
Set Induksi
(5      minit)

i.                    guru bertanya kepada pelajar mengenai tajuk yang lepas.
ii.                  Guru bersoal jawab dengan murid.

-

Langkah 1
(3 minit)

Maksud industri kecil dan sederhana
i.                    Pelajar diminta memberikan pandangan dan berkongsi pengetahuan mengenai perdagangan dan perniagaan mengikut kefahaman mereka.
ii.                  Guru memberi penerangan dengan jelas maksud perdagangan dan perniagaan dengan memberi contoh yang sesuai.
.

Buku teks

Gambar

Langkah 2
(5 minit)

Bantuan perniagaan
i.                    Beberapa orang pelajar diminta membantu guru membaca beberapa bantuan perniagaan yang terdapat di dalam buku teks.
ii.                  Guru menerangkan bantuan-bantuan tersebut dengan lanjut.
iii.                Pelajar merujuk buku teks sambil mendengar penerangan dari guru.
iv.                Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.






Papan putih


LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
CATATAN/NILAI/BBM


Langkah 3
(7 minit)

Kegiatan industri kecil dan sederhana
i.                 Guru memaparkan video  kegiatan industri kecil dan sederhana kepada pelajar.
ii.               Guru meminta pelajar berkongsi  pemahaman berdasarkan video yang telah dipaparkan.
iii.             Guru menerangkan secara secara ringkas pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.
iv.             Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang contoh pengeluaran, perdagangan , dan perniagaan

Video

Kertas A4

Langkah 4
Pengukuhan
(7 minit)

i.                 Guru mengarahkan pelajar mencabut sehelai kertas di balang.
ii.               Pelajar diminta melukis apa yang tertulis di kertas tersebut.
iii.             Pelajar lain diminta meneka
iv.              Gambar yang dilukis tersebut.

Balang

Kertas

Penutup
(3 minit)

i.                 Guru memberi latihan kepada pelajar dan meminta pelajar untuk dihantar pada hari esok.
ii.               Guru memuji penglibatan  pelajar dalam pelajaran hari ini.



Refleksi: