Sunday, February 21, 2016

LANGKAH PERTAMA UNTUK BEBAS KEWANGAN

RICH DAD POOR DAD

Orang miskin dan kelas menegah bekerja untuk wang 
Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka.

Langkah pertama bagi individu untuk bebas kewangan bukanlah melaburkan wang mereka di perniagaan. Langkag pertama bagi individu ingin bebas kewanganan adalah melaburkan wang mereka pada diri mereka sendiri.


buku yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki merupakan seorang penulis  yang best seller mungkin beliau bukan seorang yang the best writing tapi penulisan beliau dalam karyanya sering kali menjadi the the best seller apabila diterbitkan. RICH DAD POOR DAD buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat RaceBangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. 


Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
- Robert T. Kiyosaki
Review #1

Seandainya setiap agama mempunyai kitab suci yang tersendiri, maka tidak keterlaluan jika dikatakan, buku Rich Dad Poor Dad adalah kitab utama bagi mazhab kekayaan dalam dunia moden sekarang. Tanyalah kepada para jutawan di seluruh dunia, lebih separuh daripada mereka pasti memberitahu yang mereka pernah membaca buku ini. Inilah buku kewangan dan motivasi kekayaan yang terulung serta bestseller sepanjang zaman. Matlamat buku ini sangat jelas, untuk membantu kita mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja.
Buku ini pernah menggemparkan dunia dengan kontroversi yang sensasi untuk dibahaskan mengenai kekayaan. Orang ramai melenting kerana mereka seolah-olah dilabelkan sebagai hamba wang oleh penulis buku ini, Robert T. Kiyosaki. Yang paling mengejutkan, Robert mendedahkan betapa ramainya manusia yang terperangkap dalam kitaran sia-sia Rat Race. Anda mungkin terperangkap sama. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Dapatkan buku ini dan keluarlah daripada kitaran sia-sia sebagai jutawan yang merdeka daripada masalah kewangan.

Review #2

Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Secara dasarnya, buku ini membuka mata berkenaan apa itu sebenarnya membuat duit. Dalam buku ini, ditunjukkan secara literal bagaimana membuat duit daripada bahan mentah. Sebenarnya, caranya sama seperti membuat wang palsu. Bunyinya kelakar, tetapi itu yang membuka pemikiran mereka yang sudah berjaya.
Naratif awal buku ini membawa kita melihat dunia kewangan dari sudut pandang seorang kanak-kanak. Nampak seperti enteng sahaja, tetapi kemudian konsep-konsep dewasa pantas meresap masuk. Contohnya sahaja kelihatan seperti keanak-anakan, tetapi konsep yang awal itu tetap relevan dalam dunia dewasa.
Buku ini bukan buku berkenaan menyimpan wang, tetapi ia adalah buku yang menukar cara kita memandang wang dan membuat duit. Apabila pandangan kita kepada wang sudah bertukar, cara kita melihat dunia juga pasti bertukar. Jadi, bersedia melihat dunia dengan cara berbeza selepas membaca buku ini.
Selepas itu, barulah penulis membawa kita kepada bagaimana sebenarnya cara membuat duit dan mengembangkan duit yang ada. Ada banyak cara bagi membuat duit, namun kerana pengalaman penulis lebih cenderung kepada hartanah, maka kebanyakan contoh membuat duit yang diterangkan adalah melalui hartanah. Namun, itu tidak bermakna prinsip-prinsip yang diterangkan tidak dapat digunakan dalam bidang-bidang lain.
Apa yang lebih penting, buku ini menerangkan pelbagai kemahiran dan ilmu yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu mula membuat duit. Kesemua itu tidak memerlukan segulung ijazah pun bagi dikuasai. Ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dalam buku ini kebanyakannya tidak diajar di sekolah. Tambahan pula, sesetengah kemahiran dan ilmu yang diperlukan itu pula selalunya dipandang rendah oleh mereka yang berpendidikan tinggi.
Ya, pendidikan tinggi bukan segala-galanya. Keberanian dan cara pandang yang berbeza lebih penting daripada segulung ijazah. Buku ini memang mencabar ego dan status quo. Rich Dad Poor Dad bukan untuk mereka yang selesa dalam kepompong lama.
Bagi mereka yang berani berubah dan mencuba, buku ini adalah 'batu loncatan' yang bagus untuk bermula dalam perjalanan membuat duit dan mencapai kebebasan kewangan. Buku ini juga akan membantu kita menjadi lebih peka serta bijak dalam mengendalikan kewangan peribadi kita.


apa yang perlu dilakukan antara bab di daam buku ini. ringkasan

  • Berhenti melakukan apa yang sedang kamu lakukan. dengan kata lain, berhenti sejenak dan nilai semula apa yang berhasil dan apa yang tidak? definisi kegilaan adalah meakukan perkara sama tanpa henti dan mengharapkan hasil yang berbeza.
  • mencari idea baru dengan pergi ke kedai buku dan mencari bahan ilmiah untuk di buat pelaburan baru.
  • berjogin di kawasan perumahan yang anda suka dan mencari peluang pelaburan yang baru di kawasan tersebut.
akhir kata, sekiranya anda ingin mengambil langkah awal untuk mempelajari ilmu kewangan. laburlah dengan ilmu. Mungkin buku ini atau Robert bukan lah guru yang terbaik di dunia dalam ilmu kewangan. tetapi saya sebagai peminat beliau. saya percaya beliau adalah antara mentor kewangan terbaik di dunia yang perlu kita pelajari ilmu beliau. Di dalam buku ini terdapat antara ilmu yang beliau kongsikan untuk diberi inspirasi dan mempelajari bagaimana ingin keluar dari 'Rat Race'. Apa itu rate race dan bagaimana ingin keluar dari perangakap itu anda perlulah pelajari dan membaca buku ini. dan anda boleh dapati di  https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=639&url=1789

No comments:

Post a Comment