Public Gold terbukti telah berjaya dengan menghasilkan produk emas yang
disertakan dengan sijil LBMA. Pelik bila sebut pubic gold mesti penjual akan
kata LBMA. Adakah kita tahu LBMA ini?
Apakah itu London Bullion
Market Association (LBMA)?
“The LBMA is an international trade association, representing the London
market for gold and silver bullion which has a global client base. This
includes the majority of the gold-holding central banks, private sector
investors, mining companies, producers, refiners and fabricators. The on-going
work of the Association covers a number of areas, among them refining
standards, trading documentation and the development of good trading practices.
The maintenance of the Good Delivery List, including the accreditation of
new refiners and the regular retesting of listed refiners, is the most
important core activity of the LBMA. The LBMA Brochure provides further
information about the LBMA.”
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sijil
tersebut membolehkan warga Malaysia & Singapura memiliki emas yang
dikeluarkan syarikat itu tanpa dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pengecualian ini adalah kerana emas tergolong dalam logam pelaburan berharga
(Invesment Precious Metal – IPM) http://goo.gl/PmXsXw yang diiktiraf sebagai aset kewangan
penting seperti mana instrumen kewangan lain yang aktif didagangkan seperti
saham dan bon.
Jadi pengiktirafan ini menyebabkan emas keluaran Public Gold amat
mudah diperlakukan di seluruh dunia
tanpa ada sebarang sekatan atau birokrasi..
Gambar 1gram dari belakang card yang bersertakan sijil pengesahan dari
LBMA.
Harga emas jatuh, harga emas naik, saya tetap sama tidak menjual
emas-emas yang ada pada saya. Saya adalah ‘penyimpan’ emas bukan ‘trader’.
Harga emas naik saya senang hati,
harga emas turun senang hati juga. Yang saya tidak senang hati bila bulan-bulan
atau tahun ke tahun emas saya fix tidak bertambah.
Orang tanye kepada saya, kalua belie mas tapi xjual bagaimana nak untung,
bagaimana nak kaya. Beli emas tidaklah kaya tapi anda kene faham beli emas
adalah salah satu platform menyimpan kekayaan dan membantu anda dari mnjadi
mangsa inflasi dan kemerosotan nilai ringgit Malaysia. Jika jawapan orang simpan
dalam bank dapat dividen, jawapan saya dividen tidak akan membantu melawan
risiko inflasi dan kemerosotan ringgit. Lebih baik saya simpan emas untuk
jangka masa panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan ‘penyimpan emas’ ini tidak menjual emas-emas
yang mereka miliki. Mereka ini jadikan emas sebagai satu bentuk SIMPANAN
jangka panjang. ‘SIMPANAN’ tujuan simpanan adalah 1) emas tersebut
digunakan ketika kecemasan. 2) emas sebagai medium peaburan masa hadapan. Selagi
tidak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik menyimpan emas ini sahaja. Sebab
saya suka menyimpan emas berbanding tunai di bank adalah kerana :
6 Kelebihan Yang Ada Pada Emas
1. Emas kalis inflasi
Zaman Nabi 1,400
tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini,
harga 1 dinar sekitar RM670 – RM750. Secara relatifnya, ia masih mampu beli
seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat). Kalau 30 tahun dulu,
budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan
kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air
sirap sahaja.
Maksudnya hari ni, jika
diberi 0.50sen sehari kepada anak-anak kita belum tentu mereka dapat membeli apa
yang kita boleh beli di usia mereka. Kesan inflasi membuatkan nilai mata wang
tersebut susut dan kita perlukan lebih wang untuk dapatkan nilai yang sama pada
zaman kita kecil dahulu.
1400 tahun dahulu Tahun 1990
1Dinar emas = seekor
kambing Nasi lemak = rm0.50
Tahun 2016 Tahun
2016
1Dinar emas = seekor
kambing Nasi lemak = rm 2.00
Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara
relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan
ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?
2.
Senang
Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar
kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza.
Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu
risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di
mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab
ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau
sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.
Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu semula.
Emas boleh dijadikan
alat pertukaran barang dalam 1 transaksi. Duit emas yang bernilai.
3.
Kekayaan
Di Tangan Kita
Bila simpan emas,
hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana,
selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan
kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu
sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada
kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan
politik negara.
Masih ingat tak duit
syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk
digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi
bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku
lagi dah.
Lagi satu peristiwa,
masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50%
setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun
mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan
duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan
duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas
sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa
dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang
menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.
4. Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di
bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang
lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank
ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana
keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’
pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas.
Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh
dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas
itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus
balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal
pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit
modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua
untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi)
sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam
bentuk emas.
5.
Emas
Aset Mudah Alih
Emas ialah aset
fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah
sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk
jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan.
Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba
dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau
berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Dalam peperangan
duit kertas atau duit fiat tidak lagi laku. Sekiranya kita ingin sebagai pelarian
sekalipun duit kita pasti tidak akan diterima oleh negara luar dan hanya laku
dalam negara sahaja. Jadi sebab itulah saya katakana ‘emas sebagai aset
mudah alih’.
6.
Kekayaan
yang bertahan lama (kalis bocoran)
Emas saya jadikan
sebagai simpanan saya yang perlu saya lupakan. Simpan dan lupa. Dari sudut
kewangan, kita kene adakan simpanan untuk dilupakan. Misalnya sekiranya kita
ingat simpanan kita. Kita aka nada sahaja barang atau benda yang ingin kita
beli dan berbelanja bagi memastikan wang kita habis. Ia berbeza dengan emas. Tiada
orang membeli emas atau mengumpul emas dan pergi bawa ke pusat membeli belah
untuk membelanjakan dan shopping sehingga habis emas tersebut.
Dari sudut
psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak
zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit
kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit
ialah pada membelanjakan
Jadi itulah cerita
saya har ini. 9 April 2016. Sumber dari En Zulkifli (27jan2015)
Muhamad Nashir
Khairudin
PG00064908 dealer public
gold anda
9 April 2016